GajetTeknologiUlasan

Microsoft bakal menamatkan sokongan Windows10 pada Oktober 2025

Petanda kedatangan versi baru Windows

Microsoft bakal mengakhiri sokongan untuk Windows 10 pada 14 Oktober 2025. Ia akan menandakan lebih dari 10 tahun sejak sistem operasi pertama kali diperkenalkan. Microsoft mendedahkan tarikh persaraan untuk Windows 10 dalam halaman kitaran hayat sokongan yang dikemas kini untuk Pemprosesan Operasi (OS). Ini adalah pertama kalinya Microsoft menggambarkan akhir sokongan untuk Windows 10. Sehubungan dengan itu, sebuah halaman sokongan untuk Windows 10 dilihat telah diubah suai.

Melihat kepada halaman tersebut, Windows 10 dilihat akan diberi sokongan sehingga 14 Oktober, 2025. Selepas tarikh tersebut, Windows tidak akan lagi memberi sebarang kemas kini dan sokongan untuk Windows 10. Tarikh tersebut adalah 3 bulan selepas hari jadi Windows 10 yang kesepuluh.

Sehingga kini, Microsoft tidak lagi memberi petanda mengenai nama baharu perisian mereka. Namun, mereka dijangka akan meneruskan cara penamaan mengikut nombor, jadi Microsoft 11 mungkin adalah nama barunya.

Versi terbaru Windows ini akan hadir dengan beberapa perubahan antara muka, perubahan pada Microsoft Store dan juga beberapa ciri baru yang menarik. Sebelum ini Microsoft telah mengeluarkan banyak petunjuk bahawa ia sudah siap untuk melancarkan Windows baharunya.


Pembuat perisian tersebut bakal mengadakan acara khas untuk mendedahkan Windows OS “generasi akan datang” minggu depan. Acara ini bermula pada pukul 11:00 ET, dan visual pada jemputan acara merangkumi tetingkap yang membuat bayangan dengan garis besar yang kelihatan seperti angka 11. Eksekutif Microsoft juga telah membuat beberapa pengumuman tidak formal tentang “generasi akan datang Windows” selama berbulan-bulan sebelum ini.

Kami mengharapkan Microsoft mengumumkan versi baru Windows dengan perubahan antara muka pengguna yang ketara, dan baik pulih ke Windows Store. Microsoft.

Windows 10 merupakan versi yang dikalsifikasikan sebagai diluar kebiasaan apa yang pernah dihasilakan oleh Microsoft, kerana ianya sangat berbeza dari segi sokongan baharu OS dalam setiap kali kemas kininya beberapa tahun lalu. Sebagai gantinya, Microsoft mempelbagaikan akses Windows ke lebih banyak platform perkhidmatan serta memperbaruinya dua kali setahun dengan ciri baharu. Microsoft mungkin menggambarkan Windows 10 sebagai “versi terakhir Windows” tetapi kini sudah hampir enam tahun sejak Versi Windows terakhir itu dilancarkan dan Microsoft kelihatan siap sedia untuk beralih ke sesuatu yang baru dan lebih segar. Sama-sama kita nantikan. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button