Parlimen

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguh ke 3.30 petang

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung pada 2.30 petang telah ditangguhkan ke 3.30 petang

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan pengangguhan tersebut sebaik sahaja sesi bersampung pada 2.30 petang tadi.

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 12(2) sekarang ini saya menempohkan mesyuarat ini sehingga jam 3.30 petang, terima kasih,” kata Azalina ringkas sebaik sahaja duduk di atas kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selepas membuat pengumuman tersebut Azalina meninggalkan Dewan Rakyat.

Mesyuarat Khas pagi tadi ditangguhkan sebanyak dua kali selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan berkaitan Ordinan Darurat.-SM

 

 

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button