Luar Negara
Mesir Diserang Kalajengking, 3 Terkorban Dan Ratusan Orang Cedera
TIGA orang terbunuh dalam serangan kalajengking di Bandar Aswan, Mesir sejak Jumaat lalu.
Kota Aswan berdepan ancaman kalajengking selepas hujan lebat yang disertai petir dan ribut pasir sejak Jumaat lalu.
Hujan ribut tersebut telah mengganggu sarang kalajengking yang terletak di bukit sekitar bandar dan menyebabkan kalajengking menjadi ganas.
Jurucakap Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir, Khaled Mujahid berkata sengatan kalajengking tersebut telah mencederakan sekurang-kurangnya 476 penduduk tempatan.
Menurut Khaled, semua penduduk yang disengat kalajengking telah menerima vaksin anti kalajengking.
Tambahnya, sebanyak 3,000 dos vaksin anti kalajengking tela diedarkan di semua hospital dan unit kesihatan di kawasan tersebut. -SM