NasionalNegeri

Mesin scanner ICQs Padang Besar bakal pulih

MESIN scanner (pengimbas) bagasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar yang rosak dijangka akan dipulihkan dalam jangka masa terdekat.

Mohd Munir Ishak

Memangku tugas-tugas (Mtt) Pengarah JKDM Perlis, Mohd Munir Ishak berkata, kerosakan mesin scanner yang khusus untuk pemeriksaan bagasi bagi penumpang bas dan van dari Thailand itu sebenarnya telah berlaku pada awal bulan lepas.

Katanya, mesin scanner itu yang telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun itu mengalami masalah teknikal yang cuba diselesaikan secepat mungkin.

“Pelancong yang masuk ke Malaysia perlu bersabar kerana pegawai JKDM perlu membuat pemeriksaan lebih lama berbanding dengan adanya mesin scanner sebelum ini,” katanya ketika ditemui di JKDM, Wisma Kastam Negeri di Jalan Kampung Pondok, Kangar.

Mohd Munir berkata, biasanya kalau dengan penggunaan mesin scanner, pemeriksaan bagasi tidak sampai setengah minit.

Bagaimanapun katanya, apabila pemeriksaan secara manual memakan masa lebih kurang seminit atau lebih bergantung kepada banyaknya bagasi dengan barang yang dibawa.

Mohd Munir memberitahu, jugq tidak timbul isu akan ada yang mengambil kesempatan membawa barang terlarang kerana pegawai JKDM di sempadan rata-rata sangat berpengalaman untuk mengesan jika berlaku perkara ini.

Pelancong dari Thailand berbaris untuk membuka bagasi masing-masing untuk diperiksa pegawai JKDM di ICQs Padang Besar.

Sementara itu tinjauan SUARA MERDEKA  ke ICQs Padang Besar untuk melihat keadaan sebenar apabila mesin scanner rosak.

Terdapat dua pegawai JKDM bertungkus lumus memeriksa dengan teliti setiap beg pelancong selain bertanyakan soalan berkaitan barangan yang dibawa.

Mesin scanner untuk pemeriksaan bagasi bagi penumpang bas dan van dari Thailand di ICQs Padang Besar rosak sejak awal bulan lepas.

Sekaligus pemeriksaan secara “manual” agak memakan masa berbanding sebelum ini apabila pelancong perlu membuka bagasi sebagai membuktikan tidak membawa sebarang terlarang.

Bagaimanpun situasi sibuk ini hanya berlaku seketika sahaja kerana bas dan van yang membawa pelancong tidak sampai secara serentak pada satu-satu masa. – SM

BACA Mesin pengimbas di KLIA mula dibaikpulih hari ini

BACA Isu mesin scanner rosak di ICQ Padang Besar tular

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button