NasionalNegeriUncategorized

Isu mesin scanner rosak di ICQ Padang Besar tular

TULAR di media sosial apabila Ketua UMNO Bahagian Kangar, Dr. Fathul Bari Mat Jaya memuat status di Facebook (FB)nya bahawa sebuah mesin scanner (pengimbas) bagasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar telah rosak.

Dalam status itu beliau menyebut “Salam YAB DS Anwar Ibrahim, scanner Padang Besar Perlis pun rosak. Elok diteliti semua sempadan seluruh negara. Kastam Diraja Malaysia.

Beliau merujuk kes mesin scanner rosak ini terus kepada Perdana Menteri dan juga agensi terlibat iaitu pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM).

Sekaligus beliau mahukan pihak berkenaan memberikan perhatian segera supaya masalah ini diselesaikan.

Fathul Bari Mat Jaya

Fathul Bari yang meletakkan status itu di FBnya semalam itu juga menarik perhatian netizen berkaitan dengan isu ini yang rata-rata mengganggap perkara berkaitan keselamatan di sempadan perlu segera diatasi.

Ramai bimbang akan ada yang mengambil kesempatan di atas kerosakan mesin pengimbas ini.

Suara Merdeka difahamkan mesin pengimbas bagasi ini khusus untuk pelancong yang masuk ke Malaysia hanya bagi penumpang bas dan juga van.

Sekaligus dengan kerosakan mesin pengimbas di laluan ini menjadikan masa untuk memeriksa setiap bagasi mengambil masa lebih lama apabila dilakukan secara manual oleh kakitangan JKDM Padang Besar.

Pastinya berlaku kesesakkan apabila semua penumpang turun dari kenderaan ini secara serentak.

Difahamkan terdapat juga sebuah lagi mesin pengimbas bagasi di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Padang Besar bagi pelancong menaiki kereta api dari Thailand.

Manakala sebuah lagi mesin pengimbas pula untuk laluan lori kontena. – SM

BACA Mesin pengimbas di KLIA mula dibaikpulih hari ini

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button