Merchantrade memperkenalkan Kad Prabayar Visa untuk syarikat korporat, kecil dan sederhana
MERCHANTRADE Asia Sdn Bhd (Merchantrade) memperkenalkan satu inovasi untuk membantu pengurusan perbelanjaan bagi syarikat-syarikat dari pelbagai industri Korporat mahupun perusahaan kecil dan sederhana (IKS).
Ia adalah Kad Prabayar Perniagaan Visa pertama di Malaysia menggabungkan 3 kaedah inovatif – Kad Prabayar Perniagaan Visa, eDompet yang boleh menukar mata wang asing dan pengurusan perbelanjaan syarikat.
Menurut Pengarah dan Pengasas Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran, kelebihan produk ini untuk memberi kemudahan kepada pekerja namun majikan juga mengawal dan mengurus kewangan tanpa sebarang faedah.
“Merchantrade Money Biz bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank. Kad kredit korporat biasanya hanya untuk eksekutif atasan kini, dengan Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul.
‘’Kami mempercayai bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko perbelanjaan berlebihan dan bebas faedah.” Katanya semasa majlis pelancaran pagi tadi yang berlangsung di Damansara.
Tambahnya lagi, kebanyakan pengurusan di syarikat Malaysia berdepan dengan masalah pengurusan kewangan, melalui sistem ini secara tidak langsung dapat melihat perbelajaan syarikat.
Kad prabayar perniagaan ini dikuasakan oleh visa boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk perbelanjaan syarikat.
Malah dipadankan dengan eDompet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa.
Portal pengurusan perbelanjaan pula bukan sahaja secara automatik dan mendigitalkan proses perniagaan, tetapi juga memberikan 100% ketelusan pada semua transaksi dan termasuk kawalan yang mantap.
Lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan permintaan yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini. Ini menekankan komitmen Merchantrade untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektif dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat di Malaysia.
Dengan kaedah, fungsi, dan kerjasama baru yang sedang dibangunkan, Merchantrade yakin bahawa penyelesaian ini akan mengubah cara syarikat beroperasi. Visi Merchantrade juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi mereka dan menerima gaya baharu dalam usaha membina ekonomi yang lebih tanpa tunai.
Artikle Berkaitan :>
UPSI cipta inovasi MySCREEN untuk tangani isu asuhan dan penjagaan kanak-kanak TASKA