Nasional

Menyamar jadi gadis berhijab, Angela Nikolau siap kongsi gambar baring berbogel!

Pemanjat bumbung yang tidak bertamadun dari Rusia, Angela Nikolau mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila curi-curi masuk ke Merdeka 118 dan memanjat sehingga ke bumbung.

Menerusi laman Twitternya, Angela, 29, seperti berbangga apabila misinya memanjat bumbung Merdeka 118 berjaya dilaksanakan biar pun terpaksa menempuh banyak cabaran.

Antaranya untuk mengaburi mata pengawal keselamatan, Angela siap menyamar sebagai gadis cantik berhijab yang kelihatan tersangat ‘nerd’ dan bersembunyi di ruang sempit.

Untuk tiba ke bahagian atas, ia memakan masa lebih 20 jam kerana Angela perlu memanjat bangunan setinggi 53 tingkat itu dengan beg galas seberat 15kg.

Angela Nikolau
Angela Nikolau

Ketika melepasi 32 tingkat yang pertama, Angela kepanasan dan mengambil keputusan untuk berbogel lalu berbaring di atas lantai konkrit bagi menyejukkan diri.

Kata Angela, biar pun tindakannya itu menerima kecaman dari warga Malaysia namun dia menghormati undang-undang sedia ada dan berbuat demikian hanya untuk keseronokan.

(Visited 767 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button