BeritaEkonomi

Mengapa marahkan MARA?

APABILA Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan tempoh hari, ramai pemimpin pakatan berkenaan bahkan berlumba-lumba mahu menunjukkan keprihatinan terhadap MARA atau Majlis Amanah Rakyat.

Keprihatinan itu rupa-rupanya bukan untuk memastikan agensi berkenaan diperkasakan dan sekaligus memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini yang masih ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Walaupun kaum berkenaan merupakan penduduk pribumi, tetapi mereka sering dinafikan daripada mengakses pasaran secara saksama kerana dikawal oleh kaum tertentu sahaja.

Ini menyebabkan usaha yang dijalankan oleh bumiputera dan Melayu ini sering terbantut khususnya membabitkan soal perniagaan. Lantaran itulah MARA yang pada asasnya diwujudkan bagi membantu anak-anak kaum pribumi berkenaan dalam bidang pendidikan telah diperluas kepada bidang perniagaan.

Bagaimanapun kini tiba-tiba sahaja apabila kerajaan bertukar MARA terus dikategorikan sebagai bermasalah dan segala pelaburan baharu dihentikan dan beberapa anak syarikat akan ditutup kerana tidak strategik.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hasnita Hashim berkata, Mara telah menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru dan akan menutup beberapa syarikat yang kononnya tidak strategik. Ini merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.

Cubaan menutup mana-mana anak syarikat dan kepentingan Mara adalah usaha menghapus Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan secara sistematik dan tersembunyi, walaupun tanpa menghapusnya secara terang-terangan.

Malah pihak Majlis Perundingan Melayu (MPM) tidak menolak kemungkinan MARA Corporation Sdn Bhd. (MARA Corp) juga berada dalam senarai yang mungkin dihapuskan.

MPM juga mendedahkan MARA Corporation antara anak syarikat MARA yang bakal ditutup dan ini boleh dilihat sejak Ogos lalu, apabila bayaran gaji bagi kakitangannya masih tertunggak sehingga tiga bulan.

MARA ditubuhkan melalui semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa tindakan seperti fungsi MARA yang dikurangkan, bajet MARA yang dikurangkan, staf diberhentikan, gaji tak dibayar atau dilambatkan adalah merupakan sesuatu yang membimbangkan

Maka, sebarang usaha untuk melemahkan, mengurangkan apa-apa fungsi, peruntukan, bajet MARA atau operasi mana-mana anak syarikat dan kepentingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Walau apa juga alasan yang diberikan oleh kerajaan, ialah syarikat yang ditutup ada syarikat yang tidak strategik dan mengalami kerugian, maka ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memulihkan atau memperkasakan kembali mana-mana anak syarikat MARA yang terbabit.

Alasan menutup anak-anak syarikat MARA hanya disebabkan mereka mengalami kerugian adalah tidak masuk akal malah seakan alasan bodoh.

Jika kerajaan hari ini bijak MARA perlu diperkasakan dengan ditambah peruntukkan dan peranannya diperluaskan kepada kaum lain dan bukannya sebaliknya.

Kaum India contohnya masih jauh ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi, mereka perlu dibantu dan agensi berkenaan boleh digunakan serta diubah suai peranannya.

Apabila kerajaan hari ini cuba mengecilkan peranan MARA ia dilihat sebagai usaha untuk merampas hak bumiputera dan Melayu. Ini pasti akan ditentang oleh majoriti oleh penduduk negara ini.

Tindakan ini akan menyebabkan orang Melayu dan bumiputera semakin terancam serta tidak selamat di tanah air sendiri.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button