Hiburan

Mencari Rahmat Tidak Sesuai Ditonton Penggemar Hiburan Seisi Keluarga, Ia Sangat Artistik!

Penggemar filem, Zhafvlog berkata filem Mencari Rahmat sedikit membosankan pada peringkat awal. Tidak dinafikan ia berlaku semasa perkembangan watak ditonjolkan.

Namun itulah fasa sesebuah kehidupan dan cerita, bermula dengan sesuatu yang membosankan dan bakal bertemu dengan keghairahan lalu menemui penghujung yang mengasyikkan.

Sesungguhnya filem Mencari Rahmat ini sebuah filem yang sangat artistik, penuh dengan metafora dan mengandungi elemen perlunya penghayatan setiap babak.

Dalam erti kata lain, pengarahnya, Al Jafree Md Yusop bukan suka-suka menjadikan dialog itu begitu, kenapa babak itu begitu atau wajarkah ada aksi sebegitu?

Lenggok Bahasa

Jika anda seorang pemain teater, lontaran dialog dalam filem ini sedikit sebanyak memberi rasa tenang serta rindu pada pentas meski pun kita sudah ‘pencen’ kerana tak ramai memahami teater.

Tambahan pula, kemunculan platform streaming menambahkah lagi sebab mengapa panggung tempat orang bermain teater tidak lagi dikunjungi generasi mudah hari ini walaupun ia berkait dengan kesenian.

Dalam Mencari Rahmat, gabungan ini yang berlaku, menyelesaikan permasalahan sedia ada namun belum pasti JKKN mahu pun MOTAC sedar akan hal ini, mungkin perlu lantik penulis sebagai pegawai di dalamnya.

Bayangkan sahaja ribuan rakyat Malaysia yang sudah menonton Mencari Rahmat, berpeluang melihat apa yang sepatutnya ada di pentas teater, hanya dengan duduk di rumah.

Pendekatan ini juga harus diambil kira kerana kalau tidak, kita mungkin sama seperti kebanyakan NGO teater yang masih melalak perlukan harapan, “Kenapa industri teater dipandang sepi?”

Watak Metafora

Mengingat kembali ulasan dan pandangan jujur Zhafvlog yang menegaskan dia bukannya pengkritik filem sebaliknya hanya penggemar filem, filem ini bukan sesuai untuk golongan sepertinya.

Umum mengetahui Zhaf hanya gemarkan filem-filem yang berunsur ada hiburan yang menyeronokkan dan tiada masa untuk melayan sesuatu yang membosankan, karya yang penuh dengan falsafah.

Maka tidak hairanlah biasa kita dengar filem-filem yang berentak perlahan atau dianggap membosankan bagi pencinta genre hiburan, sering kali menerima anugerah pada kelasnya tersendiri.

Ketika Azman dan Razak saling berkomunikasi, ada satu watak bernama Reza (lakonan Eric Fuzi) dan watak inilah yang menimbulkan kepeningan pada fikiran Zhaf.

Kerana melihat Reza sebagai ‘watak’, bukan ‘metafora’. Reza disifatkan sering membantu Azman dan Rahmat menentukan keputusannya mereka, menguatkan lagi apa tindakan mereka.

Namun jika diperhatikan Reza adalah sebuah ‘kepala otak yang ligat serta penipuan’. Reza bukanlah sekadar watak seperti tukang kebun, rakan karib dan sebagainya.

Reza adalah sifat manusia yang mana penulis lontarkan pada awal tadi, filem ini tidak semua tahu mesejnya bah kan pengarahnya menulis, dia lebih senang membaca interpretasi penonton tentang Reza.

Filem Yang Bagus Tetapi Bukan Untuk Semua Orang

Cerut dan rokok, dua-duanya haram namun ada kelas untuk spesis manusia yang kononnya ada taraf yang tersendiri. Maka idea ini samalah seperti yang diadun dalam Mencari Rahmat.

Mencari Rahmat adalah ‘cerut’. Kalau kita sekadar penggemar rokok, mampu merasai rokok, takkan pernah cuba untuk faham bagaimana rasa ‘cerut’, tak payahlah naikkan taraf diri.

Cari sahaja filem-filem bersifat hiburan yang akan menerima kritikan yang sama seperti :

a) Kalau ada Zizan berlakon, aku confirm takkan tengok
b) Ini filem Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen, mesti mengarut dan bosan
c) Tengok sahaja poster, mesti jalan cerita entah apa-apa
d) Kenapa trailer selalu gempak tetapi ceritanya sampah sarap

Kerahsiaan Dalam Mencari Rahmat

Mencari Rahmat itu ada rahsianya tersendiri. Memang agak sukar diramal namun ia benar-benar tentang Mencari Rahmat dan semua watak yang ada harus bersyukur kerana terlibat dalam operasi Mencari Rahmat.

Maka, Rahmat itu benar-benar akan muncul mengikut tafsiran kita yang menonton dan cuba menghayati setiap babak yang diadunkan sebagai sebuah karya seni.

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button