Politik

Menang 29 kerusi, Warisan parti tunggal catat kemenangan terbesar – Shafie

WALAUPUN Warisan Plus yang menggabung Parti Warisan Sabah, DAP dan PKR tewas pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) semalam, tetapi Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan merupakan parti tunggal yang catat kemenangan paling besar.

Katanya, Warisan muncul sebagai satu-satunya parti yang mencatatkan kemenangan paling besar dengan memperoleh  29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau menegaskan untuk meneruskan kepercayaan diberikan pengundi Sabah, beliau berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memberi sokongan kepada Warisan Plus.

“Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab untuk mereka merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang berhormat… untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah… kepercayaan yang diberikan rakyat ini, kita akan teruskan.

“Apa yang saya nak kata ialah satu-satunya parti terbesar (memenangi) ialah parti Warisan,” katanya kepada pemberita awal pagi ini di Rumah Yayasan Sabah di Likas dekat sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS memenangi 38 kerusi DUN, manakala Warisan Plus (Warisan, DAP, Amanah, UPKO dan PKR) memperoleh 32 kerusi DUN.

Baki tiga kerusi DUN Sabah dimenangi calon bebas. PRN Sabah menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan. – BERNAMA

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button