Politik

Kemenangan tanda pengundi yakin kepada parti dalam GRS termasuk BN

KEMENANGAN yang diperolehi oleh Gabungan Rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 tanda pengundi percaya dan yakin kepada gabungan itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengundi telah memberikan kepercayaan semula kepada parti itu dalam gabungan itu selepas 27 bulan serta penghargaan kepada seluruh jentera parti yang bertungkus lumus membantu kemenangan pada PRN Sabah ke-16.

‘’Alhamdulillah saya merafakkan syukur kepada kehadrat Allah swt  kemenangan yang diperolehi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di negeri Sabah yang sekali lagi selepas 27 bulan memberikan kepercayaan semula kepada BN dan rakan-rakan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Sabah kembali gemilang dan menolak janji-janji yang tidak dapat ditunaikan sebelum ini.’’ Katanya menerusi sidang video malam tadi.

Namun pada masa yang sama Ahmad Zahid turut menegaskan kemenangan itu bukan sahaja harus disyukuri malah diperlu diterjemahkan pembentukan kerajaan baharu atas semangat gabungan rakyat.


‘’Namun kita merasakan bahawa kemenangan ini adalah satu kemenangan yang bukan hanya harus disyukuri tetapi kita mesti menterjemahkan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang baharu atas semangat gabungan rakyat Sabah.

“Kita juga ada rakan-rakan lain di dalam GRS iaitu Bersatu, PBS dan STAR dan perundingan-perundingan bukan hanya harus dilakukan antara rakan-rakan di dalam GRS tetapi kita harus berlapang dada dan berfikiran terbuka demi kepentingan rakyat Sabah.

‘’Kali ini kita menterjemahkan sepenuhnya autonomi yang diberikan kepada UMNO dan BN Sabah untuk mereka iaitu ADUN-ADUN yang telah dipilih untuk menentukan siapakah yang akan dipilih dan diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negeri Sabah bagi dipilih sebagai Ketua Menteri,’’ ujarnya.

Terdahulu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya membentuk kerajaan negeri dan Warisan Plus tumbang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Serentak itu kata beliau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional dan PBS akan menubuhkan kerajaan negeri.- SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button