Sehingga hari ini apabila berlaku sesuatu kepada ahli komuniti sama ada terlibat dalam kemalangan atau meninggal dunia, pasti gerakan tabung derma kilat akan dilaksanakan.
Tujuannya adalah untuk membantu mangsa yang terjejas atau anggota keluarga yang kehilangan insan tersayang dan budaya ini adalah sesuatu yang tersangatlah mulia.
Namun dari segi tempoh untuk bertahan, sekiranya mangsa kemalangan tidak boleh bekerja, cukupkah sumbangan daripada tabung derma kilat itu boleh memberi jaminan?
Jika suri rumah dengan bilangan anak yang ramai kematian suami, berapa lama sumbangan tabung derma kilat boleh memberi keselesaan menguruskan keluarga dalam tempoh survival?
Perkara ini mungkin ramai yang terlepas pandang untuk memikirkannya kerana sesuatu komuniti itu belum bertemu dengan orang yang tepat untuk menyampaikan kaedah baharu.
Antara kaedah baharu untuk membantu dua kumpulan yang disebutkan di atas antaranya menerusi pendekatan takaful dan pelan yang dipilih semasa hidup atau sihat sesuatu yang mudah.
FIkirkan semula.. seseorang itu menyimpan RM200 sebulan untuk wang kecemasan di dalam bank atau tabung khas, jumlahnya hanya bergantung kepada tempoh masa simpanan sahaja.
Tetapi jika menyimpan menerusi takaful dengan nilai yang sama iaitu RM200 sebulan misalnya, mangsa kemalangan boleh dilindungi sehingga RM250,000 sekiranya cacat kekal.
Kalau dalam tempoh cacat kekal akibat kemalangan itu, dihadirkan pula ujian dengan penyakit kritikal, nilai yang kita simpan RM200 sudah boleh terhenti dan kita diberikan lagi RM50,000.
RM50,000 itu boleh diterima secara penuh apabila hospital mengesahkan kita sudah berada di fasa yang kritikal dan memerlukan kos rawatan yang agak besar nilainya secara mengejut.
Andai kata meninggal dunia pula, pasangan boleh menerima hibah bernilai RM250,000 dan wang itu disalurkan terus kepada pasangan tanpa perlu melalui proses faraid.
Maka bolehlah pasangan yang perlu meneruskan survival ini menggunakan wang yang ada untuk dimanfaatkan sebaik mungkin seperti membuat modal berniaga atau melangsaikan hutang lapuk.
Bayangkan jika satu komuniti di kawasan perumahan atau dalam keluarga mengaplikasikan pendekatan ini dengan merancang, kisah balu dan anak-anak yatim sengsara boleh ditamatkan.
Orang yang hilang upaya penuh boleh membeli alat bantuan khas untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu risau mana nak cari duit semasa sedang susah.
Akyem Samad
Perunding pelaburan dan simpanan waktu kecemasan
011-17117086