Agama

Melaka benarkan solat Jumaat, fardu di masjid, surau

UMAT Islam di Melaka dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah sehingga 500 orang bermula esok.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, jumlah jemaah untuk aktiviti yang dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti bangunan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

Menurutnya, olat di luar bangunan masjid dan surau adalah dilarang.

“Bagi masjid kerajaan, maksimum jemaah dibenarkan seramai 500 jemaah, masjid kariah dan institusi maksimum 250 orang dan surau adalah sehingga seramai 75 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Serentak itu, aktiviti kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan.

Bagaimanapun namun kehadiran penceramah dari luar Melaka tidak dibenarkan.

“Kita ambil keputusan aktiviti kuliah dan program selain kuliah Maghrib hendaklah ditangguhkan.

“Jawatankuasa masjid dan surau mesti memastikan jemaah mematuhi prosesur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pendaftaran jemaah, pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal,” tambahnya.

Upacara akad nikah juga dibenarkan dengan mengikut SOP ditetapkan dengan lokasi majlis yang ditetapkan adalah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi kariah yang berada dalam zon jingga dan merah.-SM

 

Kebenaran akad nikah di masjid kariah diberikan kepada mereka yang berada dalam zon kuning dan hijau atau mana-mana lokasi yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button