JenayahNasionalNegeri

Mekanik ditahan miliki selaras senapang angin

POLIS menahan seorang mekanik kerana disyaki memiliki selaras senapang angin buatan sendiri di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis.

Yusharifuddin Mohd Yusop

Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan pada pukul lebih kurang 7.25 malam kelmarin.

“Polis telahpun mendapat perintah reman dari mahkamah mulai semalam sehingga 18 Oktober, esok, bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam bilik utama rumah berkenaan, polis telah menjumpai satu laras senapang angin buatan sendiri berwarna kelabu yang disembunyikan di bahagian tepi almari.

Beliau berkata, senjata tersebut adalah buatan sendiri yang diperbuat daripada PVC yang berukuran panjang 78 sentimeter (cm), berwarna kelabu, bahan peledak menggunakan bahan mudah terbakar yang diletuskan oleh pemetik api.

Katanya, dipercayai tujuan suspek menggunakan senjata tersebut untuk membunuh biawak.

Tambahnya, hasil semakan melalui sistem pengurusan rekod jenayah (SPRJ) didapati suspek juga mempunyai satu rekod dikehendaki tangkap berkaitan dadah. – SM

BACA “Yaya” peras mekanik RM200,000 jika tidak…

BACA Mekanik maut langgar pokok tumbang

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button