MahkamahNasional

Mekanik didakwa bunuh isteri sehari sebelum Aidilfitri

SEORANG mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras sehari sebelum Aidilfitri.

Mohd Syawalludin Ismail, 38, didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras antara 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 1 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Syawalludin mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 6 Mei lalu, media melaporkan seorang wanita maut akibat dipukul suaminya, dipercayai kerana memuat naik di media sosial bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit, dalam kejadian di sebuah rumah flat. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button