JenayahNasional

Lelaki ditahan menyamar polis, peras wang remaja

SEORANG lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis dan cuba memeras wang daripada dua remaja di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan Jumaat lalu susulan laporan polis dibuat mangsa berhubung kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, seorang remaja lelaki dan perempuan yang berusia 16 serta 17 tahun diperas ketika berada di kawasan pemandangan pendaratan pesawat dekat landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Susulan laporan mangsa, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek di Jalan Kampung Perlis, Bayan Lepas dan turut merampas sebuah motosikal dipercayai digunakan pada hari kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – SUMBER BERITA HARIAN – SM

 

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button