Nasional

MBPJ terus pantau pematuhan SOP PPN Fasa 4 di Petaling Jaya

MAJLIS  Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus komited dalam melaksanakan rondaan, pemeriksaan dan pemantauan secara konsisten bagi memastikan tahap pematuhan SOP di kalangan pemilik perniagaan dan orang awam dijadikan budaya selari dengan pelaksanaan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Fokus semakan terhadap premis-premis perniagaan di sekitar Petaling Jaya adalah bagi memastikan pemilik-pemilik perniagaan dan orang awam sentiasa mengadaptasi amalan norma baharu di dalam aktiviti seharian.

Sepanjang bulan November 2021, Majlis telah melaksanakan semakan ke atas 1,909 premis perniagaan, 5,079 penjaja, 383 lesen berisiko, 441 kawasan pasar dan 216 kawasan riadah di Petaling Jaya.

Secara kumulatifnya, bermula daripada 7 Mei 2021 sehingga 24 November 2021, sebanyak 51,591 pemeriksaan telah dilaksanakan melibatkan 13,654 premis perniagaan, 162 sektor industri, 25,681 penjaja, 3,786 premis makanan, 3,019 premis lesen berisiko, 3,804 kawasan pasar dan 1,485 kawasan riadah.

Hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang dijalankan sebanyak 6,556 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, 9 kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), 103 amaran lisan, 428 notis penutupan, 152 sitaan/pindah alih dan sebanyak 31 penutupan premis telah dikenakan.

Di samping itu, penguatkuasaan melalui operasi bersepadu juga masih diteruskan dan telah memberikan impak yang positif terutamanya kepatuhan pemilik perniagaan dan orang awam terhadap SOP yang ditetapkan.

Hasil kolaborasi yang dijalankan bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan, sebanyak 359 operasi bersepadu telah dilaksanakan hingga hari ini.

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button