BanjirNasionalNegeri

MAWIP salur bantuan RM2.5 juta Misi Bantuan Banjir Johor, Pahang

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan keseluruhan bernilai RM2.5 juta bagi Misi Bantuan Banjir di Johor dan Pahang hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setiap negeri akan menerima barangan keperluan.

Antaranya ialah selimut tebal, dapur memasak, lampin pakai buang kanak-kanak, periuk nasi dan telekung yang menurut Zulkifli lagi, jumlah keseluruhan bernilai RM1 juta untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

“Selain itu setiap negeri juga menerima RM250,000 yang akan digunakan bagi membaik pulih kerosakan masjid dan surau,” katanya menerusi Facebook akaunnya hari ini.

Beliau berkata, kemampuan menyediakan peruntukan besar itu berjaya dilaksanakan oleh MAIWP hasil daripada komitmen pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.


Zulkifli turut berterima kasih kepada semua pembayar zakat MAIWP kerana menerusi pembayaran itu MAIWP  dapat melaksanakan amanah membantu mereka yang memerlukan. – SM

 

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button