Luar Negara

Tiga lelaki Malaysia kes import asimptomatik Covid-19 di Singapura

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura mengesahkan tiga lelaki rakyat Malaysia antara 32 kes import asimptomatik yang disahkan di negara republik itu semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, ketiga-tiga mereka merupakan pemegang permit kerja dan tiba di negara itu dari Malaysia.

Sehingga tengah hari semalam, Singapura mencatatkan 34 kes import dengan 32 daripadanya adalah asimptomatik manakala dua lagi bergejala.

Seorang wanita pemastautin Singapura berumur 29 tahun yang baharu kembali dari Malaysia adalah antara kes import asimptomatik di sini.

Singapura turut melaporkan dua kes import dari Bangladesh dan India yang keputusan ujian awal menunjukkan positif bagi strain B117.

Lain-lain kes import adalah dari Indonesia, Oman, Sri Lanka, Pakistan, Romania, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Singapura melaporkan tiada penularan tempatan jangkitan Covid-19 Khamis, dan jumlah jangkitan di sini kini adalah 59,425.

Jumlah kluster yang dikesan kekal enam, selepas tiada kluster baharu dikesan.

Sehingga kini 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan jangkitan Covid-19 di Singapura. – SM

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button