BeritaPolitik

Mat Sabu akui masih dibayangi Pas

PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu mengakui beliau masih dibayangi dengan tindak-tanduk Pas berikutan telah sebati dengan parti tersebut.

Sehubungan itu katanya, agak sukar untuknya mengikis budaya dan gaya percakapan ala-Pas.

“Saya sendiri dekat 40 tahun dalam parti itu, dari segi bahasa apabila bercakap itu nak ubah bukannya senang.

“Bayangan itu ada, memang lah (susah nak kikis) kita sudah dilatih, sinonim, macam saya dengan Pas itu sudah sinonim sejak 1978 hingga 2015.

“Hampir 40 tahun dan bukan senang nak ubah naratif dan sebagainya,” kata beliau selepas Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Darul Ehsan, Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, naratif perkauman yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam bentuk ‘khabar angin’ tidak berubah sejak tahun 60-an.

Bagaimanapun katanya, jika dahulu parti tersebut menggunakan surat layang, kini pendekatan itu telah berubah menerusi aplikasi media sosial.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button