Hiburan

Jihan Muse harumkan nama negara: Menang Persembahan Komedi Terbaik Asian Academy Awards 2019

KUALA LUMPUR – Kemenangan yang tidak disangka-sangka namun usaha gigih wanita bernama Jihan Muse untuk melakar nama dalam industri hiburan tanah air membuahkan kejayaan manis apabila dia diangkat sebagai pememang bagi Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2019.

Inilah juga tuah yang menjadi milik pengacara kesayangan stesen Astro yang memulakan langkah pertama dalam dunia seni menerusi program pertandingan realiti televisyen Raja Lawak Astro musim ketiga suatu ketika dahulu.

Dalam program pertandingan itu, Jihan menjadi Naib Juara dan dengan tiket itu, beliau terus diasah bakat seni sebagai pelakon dan pengacara.

Memetik laporan yang disiarkan oleh Astro Gempak, kejayaan Jihan dinilai menerusi lakonannya dalam bersiri berjudul Keluarga Baha Don.

Sekalung tahniah kepada Jihan yang berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagramnya di mana dia turut meluahkan rasa bersyukur di atas kejayaannya itu.

Menerusi catatan Ignya yang mendapat 43,383 likes, Jihan menulis: Alhamdulillah… semua atas izin Allah. Tonight is the FINALE and I just won Best Comedy Performance di di Asian Academy Creative Awards yang sedang berlangsung di Singapura.

Fuh first time menang untuk NEGARA – catat Jihan.

Dalam catatannya, Jihan mengucapkan tahniah kepada Keluarga Baha Don yang memenangi Program Komedi Terbaik.

Malam ini, Jihan akan tampil sebagai pengacara bersama Nabil Ahmad dalam program realiti, Gegar Veganza musim ke-enam (GV6). – SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button