Politik

Kerajaan pintu belakang: Anwar, Mat Sabu yang mula dahulu

MOHAMAD Sabu cabar Mahathir untuk bertindak mengenepikan Pakatan dan inilah tindakbalasnya.

Apabila Pakatan mahu Mahathir turun dan serahkan “tahkta” Putrajaya kepada Anwar, Mahathir semestinya bengang dan akan membuat pergerakan dan percaturan politik beliau sebagai grand chessmaster.

Dengan memperolehi sokongan kerusi Parlimen lebih kurang dalam lingkungan 131 kerusi MP , beliau telah “display” kekebalan beliau dengan pergerakan semalam.

BACA:PH runtuh kerana salah sendiri – Annuar Musa

BACA:Peralihan kuasa: Terpulang kepada saya – Dr M

Ini adalah satu “preemptive move” Tun Mahathir untuk membantut segala rancangan Anwar untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong dengan jumlah sokongan ahli Parlimen dalam tangan yang mungkin juga majoriti. Maklumlah ada Ahli MP yang menyokong kedua-dua pihak.

Kini Mahathir telah membuat langkah percaturan untuk menyekat kemaraan Anwar. Apakah Kerajaan baru akan ditubuh?

BACA:Dr M tak perlu angkat sumpah, hanya bentuk Kabinet baharu

BACA:Siti Kasim dan rakan-rakan tidak izin kerajaan pintu belakang

Bagaimana kita mahu menubuhkan kerajaan baru kalau kerajaan Pakatan Harapan masih wujud?

Siapakah yang akan membuat langkah pertama untuk memecahkan atau meretakkan kerajaan Pakatan Harapan dan menghampakan penyokong dan pengundi Pakatan Harapan.

Semestinya bukan Anwar atau Mahathir yang masih ketagih populariti pengundi dan rakyat akan bertindak menghampakan atau menimbulkan kemarahan mereka.

Maka the blame game will continue . Saya membaca percaturan menangguk dalam air keruh dan menunggu “mudslinging” ini akan melibatkan “calculated moves” dan percaturan politik yang seterusnya seperti berikut:

1) Setelah Anwar Ibrahim menghadap DYMM Agong dengan niat mengambil alih kerajaan, Anwar akan dipersalahkan sebagai tak sabar walhal Tun Mahathir sudah sedia menyerah kuasa pada sekian masa.

2) Ekoran daripada itu Muafakat Keadilan yang dipimpini Azmin dan Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin akan bertindak balas dengan menarik diri dan Parti dari Pakatan Rakyat. Maka bermula keretakan kerajaan Pakatan Rakyat.

3) Sekali lagi Tun Mahathir akan bertindak dan bergerak menyelamatkan negara dengan menubuhkan kerajaan baru atas Pakatan Nasional. Tun Mahathir akan memegang rekod menjadi Perdana Menteri tiga kerajaan dalam sejarah Negara dan dunia !

Habis cerita ?

DATUK SERI TI LIAN KER NAIB PRESIDEN MCA

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button