Nasional

“Masyarakat Kita Defiait Adab, Tenat & Sudah Hilang Malu,” – Dr Rozanizam

Generasi bangsa Malaysia hari ini dikatakan defiait adab, tenat, sudah hilang malu dan sangat-sangat beremosi.

Keadaan ini boleh dilihat menerusi salah satunya sidang media Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Semasa sidang media berlangsung, generasi bangsa Malaysia galak memberi hantaran yang berkonotasi negatif.

Pensyarah dan Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria mengakui malu apabila terpaksa membacanya.

“Tengok sidang media Yang Berhormat Khairy Jamaluddin di Facebook Live Astro Awani. Penuh komen dengan caci maki, carutan, sumpah seranah, lawak lucah, body shaming, ugutan.

“Terang-terang ada nama, gambar profile tukang komen, lelaki, perempuan sama-sama naik. Tak ada segan silu,” tulis Rozanizam menerusi laman Facebook miliknya.

Tambahnya lagi, keadaan itu tambah memalukan kerana yang galak memberi komen terdiri dalam kalangan orang dewasa.

“Bukan di Twitter atau TikTok tetapi di Facebook, medan orang yang kebanyakannya adalah mak dan ayah orang. Malu sungguh membacanya.

“Tak bersetuju datanglah dengan hujah. Bukannya YB KJ baca pun komen di FB tu. Sebenarnya sekadar melampias emosi tak bertempat,” tulisnya lagi.

Kata Rozanizam lagi, komen-komen tak beradab itu sebenarnya mencerminkan masyarakat kita yang defiait adab, tenat, sudah hilang malu dan sangat-sangat beremosi.

(Visited 633 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button