Alam SekitarHaiwanLuar Negara

Masih ada kekosongan, gaji pengarah mitigasi tikus di New York cecah RM43,875 sebulan!

New York sedang mencari individu yang layak bagi mengisi jawatan “pengarah mitigasi tikus” bagi membantu mengusir tikus di kota metropolitan itu.

Pejabat Timbalan Datuk Bandar mengeluarkan iklan jawatan itu, minggu lalu.

“Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk melakukan perkara yang mustahil? Mempunyai latar belakang dalam perancangan bandar, pengurusan projek, atau sektor kerajaan? Dan yang paling penting, dorongan, keazaman dan ‘naluri membunuh’ diperlukan untuk melawan musuh populasi tikus di New York?” itu yang ditulis pada iklan tersebut.

Pengarah mitigasi tikus akan bekerja di bawah timbalan datuk bandar untuk operasi dan Pejabat Datuk Bandar.

Calon yang berjaya bukan sahaja akan bekerja di pejabat, tetapi individu itu juga perlu memimpin dari hadapan, menggunakan teknik bagi menghapuskan tikus dengan cekap, kata iklan itu lagi.

Gaji tahunan yang ditawar ialah antara AS$120,000 (RM526,500) hingga AS$170,000 (RM745,875), atau kira-kira sekurang-kurangnya AS$10,000 (RM43,875) sebulan.

Tidak dapat dipastikan populasi tikus di bandar yang dikenali sebagai Big Apple itu. Bagaimanapun, jenaka dalam kalangan penduduk New York ialah jumlah tikus di bandar raya itu melebihi manusia (iaitu kira-kira lapan juta).

Satu kajian yang dibuat pada 2014 oleh ahli statistik Jonathan Auerbach, menganggarkan terdapat hanya sekitar 2 juta tikus New York.

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button