Politik

Masa terbaik adakan PRN Kedah, Kelantan, Terengganu

ATAS dasar pandangan mata kasar terhadap sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, inilah masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada pandangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, beliau mencadangkan selepas PRU15 Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, selesai eloklah diadakan PRN Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Inilah masa terbaik untuk ketiga-tiga negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) mengadakan PRN susulan sokongan pengundi terhadap gabungan itu pada PRU15, 19 November lalu,” katanya0.

Beliau turut menaruh keyakinan sekiranya PRN dapat diadakan segera khususnya di Kedah, PN mampu mencatat kemenangan besar dan akan mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Jadi selepas pilihan raya ini, saya ingat ‘askar-askar’ kami pun tak balik lagi, khemah-khemah perpaduan ummah kami ada di sini, terus dengan pilihan raya negeri.

“Saya rasa di Kedah macam di Perlis, PN akan sapu bersih,” katanya.

Pada PRU15 lalu PN menang di 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis dan menyapu bersih tiga kerusi Parlimen di negeri itu iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

PN turut menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan lapan kerusi di Terengganu serta menang 13 daripada 14 kerusi Parlimen di Kedah. – SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button