Nasional

MAPIM Malaysia bantah buku ‘Gay Is Okay!’ di Malaysia

Membantah bukan sahaja penerbitan dan pengedaran tetapi keseluruhan budaya LGBT

MALAYSIA merupakan sebuah negara di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam namun masih hidup dalam keharmonian dengan pelbagai agama, kaum dan bangsa.

Walau bagaimanapun, kemakmuran negara telah dicemari dengan sentimen budaya songsang yang amat bercanggah dengan ajaran beragama di negara ini sama ada Islam, Kristian, Hindu mahupun Budha iaitu budaya Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Semalam, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Tuan Zulhanis Zainol diiringi Bendahari, Kolonel Bersekutu (PA) Haji Faris Hussain membuat laporan polis berkenaan penerbitan buku Gay is Okay! A Christian Perspective di Balai Polis Bandar Seri Putra sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan buku tersebut.

Menurut laporan portal Ummah Today, Tuan Zulhanis menyatakan sentimen yang cuba dimainkan oleh penerbit buku itu bercanggah dengan norma kehidupan masyarakat kita dan mencabar keharmonian negara.

“Saya merayu masyarakat malaysia yang cintakan keharmonian dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan oleh buku buku Gay is OK! A Christian Perspective ini agar kita bangkit dan tunjukkan penolakan kita terhadap buku ini “Kita harus menghalang perkara ini dari terus menjadi barah yang boleh mengancam akidah dan moral anak cucu bangsa Malaysia. Saya pasti tiada agama yang membenarkan perkara seperti ini untuk terus merebak dan berleluasa,” tegas Tuan Zulhanis

Mengulas lanjut, Tuan Zulhanis berkata walaupun dimaklumkan bahawa isi kandungan dikatakan tiada unsur hasutan, namun tajuk buku itu sendiri menunjukkan unsur sentimen yang mampu menganggu gugat keharmonian agama, hubungan antara masyarakat dan moral tatacara dan normal budaya masyarakat Malaysia.

“Perkara seperti ini boleh memudaratkan institusi masyarakat dan menggugat ketenteraman awam. Justeru MAPIM Malaysia mengesa agar pihak berkuasa meneliti semula keputusan meluluskan penerbitan buku tersebut. Matlamat kami agar ia diharamkan dari diedarkan di pasaran,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menggerakkan seluruh rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia untuk bersama-bersama menentang buku tersebut.  – SM

Kredit: UmmahToday

(Visited 470 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button