Politik

PRN Johor: Pertandingan empat penjuru di Bukit Kepong

KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), MUDA dan Pejuang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR), Rahman@Abdul Rahman Selamat mengumumkan senarai calon yang bertanding pada PRN Johor pada pukul 10.25 pagi tadi.

Untuk makluman, hari ini selepas proses penamaan calon-calon yang bertanding di Dewan Karisma Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pagoh, proses itu ditutup pada pukul 10 pagi.

Bekas Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor. -GAMBAR FMT

“Selepas semakan dilakukan, kami berpuas hati dan tiada calon ditolak kertas penamaannya,” kata Rahman.

Pada PRN kali ini, PN mengekalkan bekas Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal sebagai calon bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini.

Dr Sahruddin akan ditentang calon daripada BN iaitu Ismail Mohamad dan  calon dari parti MUDA yang diwakili Nurafiqah M.Zulkifli selain seorang lagi calon parti Pejuang, Md Taib Md Suhut.

Untuk rekod juga, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu,  Dr Sahruddin menang kerusi Bukit Kepong dan beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,273. – FMT- SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button