Politik

Mana pergi sarapan pagi percuma murid?

APA sudah jadi dengan janji untuk memberi sarapan pagi percuma kepada murid sekolah bermula tahun 2020?

Persoalan itu dilontarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapati tiada pun sarapan pagi untuk murid sekolah.

Katanya, kutipan cukai minuman bergula pun tidak diketahui ke mana disalurkan.

“Adakah Menteri Kewayangan kutip cukai gula itu tetapi telah disalurkan untuk entah apa?

“Adakah PM ke-7 dan Maszlee (bekas Menteri Pendidikan) sudah kena ‘game’ dengan Menteri Kewayangan?” soalnya.

Najib melontar persoalan sedemikian menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Tambah beliau, PH disifatkan sebagai tergamak menipu murid sekolah dengan menjanjikan sarapan percuma kepada mereka.

“Ke mana perginya janji sarapan pagi percuma untuk semua murid-murid sekolah seluruh negara bermula tahun 2020 ini?

“Kanak-kanak pun PH sanggup menipu?” tegasnya.

Terdahulu, bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada Oktober lalu dalam Sidang Dewan Rakyat menjelaskan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah akan mendapat manfaat daripada Program Sarapan Percuma (PSP)

Menurut beliau, kaedah pelaksanaan akan mengguna pakai dua mekanisme iaitu 30 minit dan 10 minit waktu makan.

Bagaimanapun, pelaksanaan program tersebut dipersoalkan ekoran ketiadaan sarapan seperti dimaksudkan dan perletakan jawatan Maszlee daripada kementeriannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button