Politik

Maszlee bersama PH, tidak masuk PKR

Ahli Parlimen Bebas Dr. Maslee Malik menjelaskan beliau bersama Pakatan Harapan dan menafikan cakap-cakap kononnya dia telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Memetik laporan Astro Awani, bekas Menteri Pendidikan era Kerajaan Pakatan Harapan itu berkata, beliau telah diminta oleh PH untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Pendidikan di bawah pakatan itu, walaupun dengan status sebagai Ahli Parlimen Bebas.

“Saya bersama PH… Saya telah diminta oleh PH untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH walaupun saya Ahli Parlimen Bebas. (Dan) Keadilan dalam PH,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Rengam yang keluar daripada Bersatu itu, memberi penjelasan berkenaan selepas tular gambar beliau menyertai sesi perbincangan antara Ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui sidang video, pada malam Isnin.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memuat naik tangkap layar yang menunjukkan sesi perbincangan antara beberapa Ahli Parlimen PKR mengenai isu-isu berkaitan pada Isnin malam.


“Kami Ahli-Ahli Parlimen Keadilan terus bekerja walaupun Parlimen tidak dibuka dan kami berjumpa secara maya sahaja dari kawasan masing-masing.
“Tajuk hari ini berkenaan isu pendidikan dan juga Ordinan Darurat – selain dari bincang tentang masalah, kami juga berbincang cadangan serta dasar yang perlu diambil untuk atasi keadaan dan permasalahan semasa. Apa yang menteri patut buat tapi tak buat… ada juga cadangan yang akan di ketengahkan.
“Walaupun menteri buat-buat tak dengar, itu tidak menghilangkan iltizam kami untuk terus menyumbang…seperti dalam Parlimen lah kan,” kata Fuziah yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH.-SM

 

 

 

(Visited 144 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button