Nasional

Polis siasat ahli Majlis Bandaraya Seremban didakwa hina Zakir Naik

Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli Majlis Bandaraya Seremban (MPS) yang didakwa memuat naik gambar menghina penceramah dari India, Dr Zakir Naik di Facebook pada Sabtu lalu.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim berkata, K Senthivelu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan susulan lima laporan dibuat pelbagai pihak berkaitan status gambar itu yang didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Apabila laporan dibuat, siasatan akan dijalankan untuk merakam percakapan dia.

“Kita akan tengok sejauh mana hasil siasatan itu. Bagaimanapun, kita perlu lengkapkan kertas siasatan dahulu,” katanya selepas menghadiri program Hari Pertama Persekolahan 2020 di Kolej Vokasional Ampangan di sini, hari ini.

Siasatan dipercayai berkaitan perkongsian gambar Zakir dan beberapa pendakwah Islam yang digambarkan sebagai berhala sembahan agama lain.

K Senthivelu bagaimanapun telah memadam gambar tersebut dan memohon maaf dengan alasan dilakukan tanpa perasaan dan tersilap kongsi.

“Saya hanya perasan apabila saya menerima komen pada pos tersebut. Oleh itu, saya sekali lagi memohon maaf atas kesilapan tersebut,” kata K Senthivelu dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam Facebook beliau.-SM

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button