Nasional

Malaysia, Turkmenistan akan tingkatkan dagangan dua hala

MALAYSIA dan Turkmenistan perlu meningkatkan hubungan dagang terutama yang membabitkan komoditi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pada pertemuan dengan Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov kedua-dua negara bersetuju meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang.

“Dalam mesyuarat dua hala, saya menekankan mengenai keperluan untuk meningkatkan hubungan dagang di lapangan komiditi melibatkan minyak kelapa sawit, getah dan koko meski kadar perdagangan menyaksikan peningkatan pada tahun 2024 ketimbang tahun 2023 (↑74.8% dari $7.91 juta ke $13.9 juta).

“Kami bersetuju untuk meneroka potensi kerjasama di bidang dan industri halal serta kepakaran dalam sistem kewangan Islam. Di ruang mesyuarat yang sama, saya turut mengalu-alukan penubuhan Dewan Perniagaan Malaysia-Turkmenistan sebagai wahana bagi merancak hubungan perniagaan dan perdagangan kedua-dua negara.

“Kami turut bersetuju untuk meneroka ruang kerjasama antara gabungan ASEAN dan C5 (Central Asia 5: Kazakhstan, Kyrgzstan, Turkmenistan, Tajikistan, Uzbekistan) bagi memaju prinsip dan sistem antarabangsa yang lebih adil dan terangkum.

“Alhamdulillah, hari ini meraikan Tamu Kenegaraan Presiden Turkmenistan TYT Serdar Berdimuhamedov yang kini dalam rangka Kunjungan Rasmi ke Malaysia. Ia adalah lawatan sulung Presiden Serdar ke Malaysia sejak di tampuk kepresidenan pada tahun 2022.

“Sebelum mula menekuni pelbagai isu yang dekat dengan kedua-dua negara, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Presiden Serdar atas ulang tahun kelahiran yang ke-300 tahun penyair, pemikir dan tokoh kesusasteraan besar Turkmenistan, Magtymguly Pyragy,” katanya. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button