Nasional

Malaysia sekat pengembara dari negara berlaku penularan Omicron

MALAYSIA akan mengadakan sekatan perjalanan sementara kepada pengembara dari negara yang melaporkan penularan VOC Omicron atau negara yang berisiko penularan virus tersebut.

Bagaimanapun tiada sekatan kemasukan bagi warganegara Malaysia dan pemegang pas lawatan jangka-panjang, Namun mereka diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin tanpa mengira status vaksinasi.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin, individu terbabit juga perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 72 jam sebelum berlepas, semasa ketibaan dan pada hari ke-10 kuarantin.

Penilaian risiko akan dilakukan pada hari ke-14 kuarantin dan sekiranya bergejala tempoh kuarantin akan dilanjutkan.

“Pengembara Warganegara Malaysia yang merancang melawat ke negara yang melaporkan penularan VOC Omicron atau negara yang berisiko tinggi berlaku penularan adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Setakan ini terdapat 20 buah negara sudah melaporkan pengesanan VOC Omicron. Negara terbabit adalah Afrika Selatan, Botswana, Belanda, Portugis, United Kingdoim, Australia, Hong Kong, China, Itali, Brazil, Kanada, Denmark, Sepanyol, Reunion Island, Israel, Austria, Republic Chezh, Jerman, Sweden dan Jepun.

Kerajaan juga menangguhkan perancangan untuk mewujudkan Vaccinated Travel Lane (VTL) dengan negara yang melaporkan penularan VOC Omicron dan negara yang berisiko berlaku penularan virus tersebut.

Penangguhan tersebut dibuat sehingga gambaran lebih jelas diperolehi mengenai penularan virian Omicron di peringkat global.

Sementara itu Malawi turut dimasukkan dalam senarai negara yang dikenakan sekatan penerbangan terus atau transit dari negara yang melaporkan penularan Omicron.

Pada 26 November lalu negara Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe telah dikenakan sekatan penerbangan.-SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button