Pembaca

Malaysia harus kekalkan prinsip berkecuali

PENDAPAT PEMBACA

DUNIA telah dikejutkan dengan berita perang dunia ketiga akan berlaku pada bila-bila masa ,susulan daripada kenyataan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu dilaporkan sudah bersedia melakukan pencerobohan berskala penuh ke atas Taiwan.

Ekoran daripada itu, kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Perancis telah dilihat bersedia untuk membantu Taiwan dalam menjaga kedaulatannya.

Perkara ini memburukan lagi hubungan diantara negara Asia Timur itu dan Amerika Syarikat (AS). Sekiranya situasi ini memburuk, akan menimbulkan konfrontasi ketenteraan di negara-negara sekitar Laut China Selatan.

Kedua-dua blok tersebut terbentuk akibat daripada ideologi dan fahaman politik yang berbeza dari aspek politik iaitu kapitalis, demokratik dan komunis.

AS, melalui Presidennya juga dilihat masih mempertahankan kedudukan antagonis terhadap China.


Sehingga kini, Amerika dan China masih lagi berusaha mempengaruhi negara-negara berkecuali dengan tawaran bantuan pertahanan dan ekonomi.

Malaysia, merupakan salah sebuah negara yang terpalit dalam impian China terhadap persempadanan Laut China Selatan dan cengkaman lemah AS terhadap hegemoni Asia Tenggara.

Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan kebanyakan negara rantau menjadikan perairannya sebagai laluan kapal perdagangan dunia.

Harus diingatkan bahawa keselamatan negara serantau mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

Malaysia harus berhati-hati dan mengambil pendekatan secara holistik dalam memilih untuk memihak diantara dua kuasa yang sedang bertarung ini. Kita seharusnya berpendirian tegas dan jelas kerana pertempuran yang bakal berlaku adalah dipersempadan Malaysia.

Malaysia juga harus berperanan lebih penting bagi menghadapi sebarang krisis antara negara dan domestik yang berlaku di Asia Tengara khususnya ke arah meredakan ketegangan yang berlaku di Laut China Selatan di antara China, Taiwan, Vietnam dan Filipina.

Malaysia harus berperanan mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat mahupun blok komunis.

Walaupun Malaysia secara amnya meraih manfaat daripada perdagangan luar susulan pemulihan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan perdagangan dunia, namun kita masih perlu berwaspada dengan risiko memuncaknya ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Kita harus mengambil iktibar daripada sejarah di mana kedudukan Malaysia ketika perang dunia kedua membolehkan Jepun menakluk negara kita apabila kita kurang bersedia.

Mahathir Mohd Rais Ketua Bahagian Bersatu Segambut.

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button