Politik

Malaysia Dateline fitnah Menteri Wilayah Persekutuan

Pegawai Media Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa portal berita pro-pembangkang telah memfitnah menteri berkenaan.

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, merujuk kepada laporan Malaysia Dateline bertajuk “Walau PKP, menteri buat majlis hari lahir dihadiri 100 pelajar tahfiz” yang disiarkan pada jam 4:09 petang, 18 Mei 2021,  beliau memaklumkan bahawa berita ini adalah fitnah yang nyata dan merupakan salah satu daripada dua fitnah terbaru terhadap Tan Sri Annuar Musa yang disiarkan oleh Malaysia Dateline hari ini.

Untuk makluman, program bersama pelajar tahfiz tidak berlaku semasa tempoh PKP seperti dakwaan Malaysia Dateline, sebaliknya berlangsung sebelum pelaksanaan PKP, iaitu pada 29 April 2021.

Pautan siaran langsung Majlis Silaturrahim dan Berbuka Puasa bersama Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz adalah seperti di bawah –

https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/650154596384180/

Penulisan berita fitnah ini jelas menunjukkan pelanggaran etika kewartawanan oleh wartawan dan editor Malaysia Dateline. Mereka langsung tidak mahu membuat semakan fakta sebelum menyiarkan berita fitnah di portal mereka.

Sikap tidak berpegang dengan etika kewartawanan ini turut ditunjukkan Malaysia Dateline apabila menyiarkan satu lagi berita fitnah bertajuk “Sekali lagi menteri bergelar ‘Tan Sri’ didakwa menikah di selatan Thailand”.

Berita fitnah ini telah disiarkan hanya berdasarkan tweet seorang individu, tanpa sebarang rasa tanggung jawab untuk menyemak sama ada sijil nikah tersebut adalah sijil yang sebenar dan tanpa menyemak tweet berikutnya yang menyebut bahawa gambar sijil nikah tersebut hanyalah “sekadar hiasan”.

(Visited 1,249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button