NasionalUncategorized

Malaysia buka semula kedutaan di Korea Utara

MENTERI LUAR, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua langkah keselamatan perlu diberikan keutamaan berhubung keputusan Malaysia membuka semula kedutaan di Pyongyang, Korea Utara tahun depan.

Beliau berkata, meskipun semua langkah yang diambil tidak boleh didedahkan, tetapi antara perkara yang turut dipertimbang adalah status tanpa visa untuk rakyat Korea Utara ke negara ini.

“Buat masa ini kita sedang memulihkan semula hubungan. Segala isu yang timbul kita akan tangani satu persatu. Ia tidak semestinya tanpa visa.

“Saya tidak mahu benar-benar melihat ke arah itu. Tapi sudah pasti lawatan perlu dibenarkan dan jika tidak, beberapa aspek berkaitan undang-undang dan peraturan imigresen perlu diperhalusi,” katanya baru-baru ini.

Saifuddin berkata, beliau yakin semua isu berbangkit dapat ditangani oleh kedua-dua pihak.

Sebelum ketegangan diplomatik ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, adik tiri pemimpin agung Korea Utara, Kim Jong-un pada Feb 2017, rakyat Korea Utara boleh melawat Malaysia tanpa visa dan begitu juga sebaliknya.

Saifuddin berkata, pembukaan semula kedutaan pada suku pertama 2020, secara tidak langsung membolehkan Malaysia memainkan peranan menggalakkan Korea Utara menyambung rundingan damai dengan jirannya, Korea Selatan.

“Selagi DPRK (Korea Utara) mempamerkan kesungguhan untuk berunding dan mara ke depan, ia memerlukan sedikit sebanyak galakan. – Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button