BeritaPolitik

Henti sakitkan hati rakyat

KEPIMPINAN kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa segera melaksanakan pelan komprehensif bagi mengawal peningkatan harga barang yang menyebabkan kehidupan rakyat terus tertekan.

Dalam masa sama, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta supaya menteri-menteri terbabit menghentikan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan keupayaan berfikir kerana ia hanya menyakitkan hati rakyat.

Ini kerana katanya, apa yang sering dinyatakan mereka adalah terpisah daripada realiti kesengsaraan rakyat bawahan di negara ini.

“Tidak selamanya rakyat boleh dipermainkan dengan sifat kepura-puraan PH yang berterusan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional atas segala kecelaruan mereka menguruskan ekonomi negara termasuklah kegagalan melaksanakan janji manifesto yang kononnya boleh menurunkan harga barang dan kos sara hidup rakyat tatkala berkuasa,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia dan menggambarkan tiada kesan kepada kenaikan harga barang.

Tegas Asyraf Wajdi lagi, rakyat tiada pilihan dan perkara tersebut sememangnya mengundang kemarahan mereka.

“Terbaharu dengan harga barangan asas seperti bawang yang meningkat mendadak hakikatnya benar-benar memberi kesan besar terhadap kehidupan rakyat.

“Jika keperluan asas masakan rakyat Malaysia seperti bawang pun tidak dapat diurus dengan bijaksana, apatah lagi keperluan-keperluan makanan asas lain pada masa hadapan,” katanya.

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button