AgamaNasional

Maklumkan segera SOP umrah – MATTA

Ibadah umrah dibenarkan semula mulai 8 Feb.

PERSATUAN Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa Putrajaya memaklumkan segera prosedur operasi standard (SOP) dan prosedur kuarantin untuk bakal jemaah umrah selepas ibadah itu dibenarkan semula pada 8 Februari ini.

Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA, Mohd Azri Abd Razak dalam satu kenyataannya hari ini berkata, ia perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan kebenaran itu diberi dalam tempoh seminggu dari sekarang dan agensi perlu membuat persediaan yang sepatutnya.

Beliau juga menyarankan kepada Putrajaya agar jemaah yang lengkap divaksin hanya dikenakan kuarantin kendiri di rumah sebaik pulang.

Dan jemaah yang telah menerima dos penggalak tidak perlu menjalani sebarang kuarantin sekiranya keputusan ujian negative, katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Arab Saudi tidak mengenakan kuarantin terhadap jemaah Malaysia yang lengkap divaksin.

“Gelembung pelancongan Langkawi juga tidak mengenakan kuarantin kepada pelancong luar negara yang lengkap vaksin selagi keputusan ujian mereka negative,” ujar beliau.

Azri berkata, MATTA juga menggesa supaya pembukaan sempadan dilakukan memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia telah mengambil dos penggalak.

Katanya, negara ini adalah salah satu negara terakhir berbuat demikian.

“Perkara ini perlulah diambil perhatian bagi menyelamatkan ekonomi negara dan agensi pelancongan terutamanya syarikat Bumiputera yang terlibat dalam pengurusan umrah,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button