MahkamahNasional

Mahkamah jenayah tak boleh batal pelantikan saya – Sri Ram

PIHAK pendakwaan akan memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan kelayakan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Sri Ram memberitahu hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan hari ini bahawa pihak pendakwaan akan memfailkan bantahan rasmi dan menyerahkan dokumen mahkamah kepada pihak pembelaan.

ROSMAH MANSOR

Beliau berkata, Rosmah memfailkan usul jenayah tetapi mahukan perintah bahawa pelantikannya sebagai pendakwa ad hoc adalah tidak sah dan mesti dibatalkan.

“Perintah yang dimohon hanya boleh dikeluarkan melalui semakan kehakiman. Label tidak penting kerana mereka meminta pelantikan saya (sebagai timbalan pendakwa raya kanan) diisytiharkan tidak sah dan mesti dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata, justeru “Mahkamah Tinggi jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi relief yang diminta”.

“Oleh itu, ia adalah penyalahgunaan proses oleh pemohon (Rosmah),” tambahnya.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu memfailkan permohonan untuk membatalkan kelayakan Sri Ram pada 31 Januari.

Bagaimanapun, perbicaraan untuk membatalkan kelayakan itu tidak diadakan kerana pihak pendakwaan meminta masa untuk menjawab permohonan Rosmah.

Zaini menetapkan 17 Februari untuk mendengar bantahan awal dan permohonan membatalkan kelayakan.

Mahkamah juga akan mendengar permohonan kedua Rosmah untuk mengetepikan Zaini daripada membicarakan kes dan menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan permohonannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kelayakan hakim itu.

Pada 14 Disember lalu, Zaini menolak permohonan Rosmah untuk membatalkan kelayakannya mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Zaini berkata, sebagai hakim, beliau dilatih dalam undang-undang untuk tidak berat sebelah selepas membaca pernyataan Rosmah dalam kes ini ketika mempengerusikan perbicaraan rasuah berhubung projek tenaga hibrid solar bagi sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017. – FMT – SM

 

(Visited 439 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button