Berita

MAIPs komited teruskan kecemerlangan sepanjang 2021

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited untuk meneruskan kecemerlangan sepanjang tahun 2021.

Kecemerlangan yang dilakar oleh MAIPs dapat dirangkum dengan kejayaannya dalam menjayakan pelbagai insiatif dengan jayanya, walaupun seluruh dunia masih berhadapan dengan pemulihan fasa pasca pandemik Covid-19.

Demikian menurut siaran media yang dikeluarkan MAIPs.

Antara kejayaan MAIPs sepanjang tahun 2021 adalah pelaksanaan 9 inisiatif bagi menangani Covid-19, pengagihan 45 skim agihan zakat secara hikmah dan bersasar, penerusan program latihan dan penempatan pekerjaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) selain 23 inisiatif di bawah Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0 telah mula dilaksanakan.

Dari sudut pelaksanaan projek mercu tanda, MAIPs telah berjaya menyerahkan sepenuhnya Bangunan Wakaf MAIPs bagi Pusat Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Projek DiRaja Kg Warna-warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis, selain rancak melaksanakan projek pembinaan Kompleks Pengurusan MAIPs dan Asnaf serta turut memulakan beberapa projek fizikal di bawah Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0.

Selain itu, dari sudut pengiktirafan dan penarafan, MAIPs telah berjaya mengekalkan Sijil Bersih Tanpa Teguran oleh Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan MAIPs untuk 9 tahun berturut-turut selain telah berjaya merangkul Anugerah Khas MASTI daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan meneruskan penarafan cemerlang bagi laman web berdasarkan Sistem Pemantauan Laman Web Dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK) Unit Pemodenan Tadbiran dan Tadbir Urus (MAMPU).

Dalam pada itu, Pengurusan MAIPs merakamkan persembahan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang menerajui MAIPs menjalankan titah amanah Tuanku Raja Pemerintah atas komitmen dan hikmah baginda sebagai Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor berkata, “Keprihatinan Duli-duli Tuanku dalam memastikan pengurusan Hal Ehwal Islam di Negeri Perlis sentiasa cemerlang dan terkehadapan telah dijelmakan melalui perkenan Tuanku Raja Perlis terhadap Pelan Strategi MAIPs 2021-2025 dan Kapsul Masa MAIPs 2025 ketika Istiadat Sambutan 1 Kurun MAIPs di Istana Arau pada 17 Julai 2020 lalu.”

(Foto : MAIPs)

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button