Luar Negara

Lebih sedekad fail cerai: Arnold Schwarzenegger dan Maria sah bercerai

BINTANG Hollywood dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger dan Maria Shriver telah memuktamadkan perceraian mereka secara rasmi, selepas lebih 10 tahun prosiding bermula.

Dokumen mahkamah yang difailkan pada Selasa menunjukkan penyelesaian muktamad telah dicapai antara bintang filem Terminator dan wartawan secara rasmi menamatkan perkahwinan mereka selama 35 tahun. Namun syarat-syarat penyelesaian perceraian tidak didedahkan kepada umum.

Shriver yang merupakan anak saudara kepada bekas Presiden Amerika John F. Kennedy memfailkan perceraian pada tahun 2011 selepas Schwarzenegger menamatkan tempohnya sebagai Gabenor California dan mengaku mempunyai anak dengan pembantu rumah pasangan itu kira-kira 14 tahun sebelum ini.

Schwarzenegger dan Shriver berkahwin pada tahun 1986 dan mempunyai empat orang anak iaitu Katherine Eunice Schwarzenegger, Christina Maria Aurelia Schwarzenegger, Patrick Arnold Shriver Schwarzenegger dan Christopher Sargent Shriver Schwarzenegger.

Anak kelima Schwarzenegger, Joseph Baena yang merupakan anak selingkuhannya dengan pembantu rumah. – SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button