Politik
Trending

Mahathir tiada sokongan untuk jadi PM semula?

ADAKAH benar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiada sokongan pun untuk kembali menjawat jawatan itu?

Melihat kepada situasi sokongan dan kenyataan dibuat oleh sayap dalam parti komponen Pakatan Harapan, boleh disimpulkan sebagai tidak menentu.

Ini turut dikuatkan lagi dengan kebuntuan dalam memuktamadkannya apabila hal itu sepatutnya diketahui hari ini.

Malah, satu perkara lagi turut didedahkan bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir, Muhammad Zahid Md. Arip bahawa mantan bosnya itu pernah merayu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sangat terkejut bila Mahathir sanggup pergi ke pejabat PKR, sanggup menemui Anwar, merayu semula jawatan perdana menteri, dalam keadaan ‘number’ (Parlimen) tidak menentu, ada atau tidak.

BACA > Remaja Selangor jalani pemulihan meningkat — Suara Merdeka

“Itu sangat memeranjatkan saya.”

Katanya lapor portal Free Malaysia Today (FMT) selepas mengangkat sumpah senator di Parlimen hari ini.

Beliau dilapor, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bekas majikannya itu kerana keluarganya dan keluarga Mahathir rapat.

Kata Muhammad Zahid, Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkawan dengan datuknya.

“Bukan mudah untuk saya komen tentang Mahathir, seperti mana juga Muhyiddin. Saya ucapkan selamat maju jaya.

“Saya menyeru kepada kawan-kawan saya yang berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), marilah kita bersatu dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Presiden PPBM,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan teka-teki tersebut dijangka terjawab pada Selasa hadapan (hari ini).

Bagaimanapun, selepas mesyuarat pemimpin parti PAN, DAP dan PKR serta PH Plus yang dikatakan berlangsung tadi masih belum memutuskan perkara itu.

BACA > Tolak tawaran Muhyiddin untuk selamatkan Melayu – Dr. Mahathir — Suara Merdeka

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Mohammad Sanusi Md. Nor memaklumkan negara akan aman sekiranya Dr. Mahathir dan Anwar bersara daripada dunia politik. – SM

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button