Politik

Mahathir, Bersatu, agenda tidak mahu Anwar jadi PM

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor pernah menjelaskan tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya.

Perkara itu didedahkan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menerusi satu esei tulisannya.

Katanya, Dr. Mahathir pernah beberapa kali menyatakan dengan jelas pendiriannya itu dalam pelbagai pertemuan dengan kepimpinan Bersatu sebelum ini.

“Dalam pelbagai perbincangan dan mesyuarat tertutup selepas PRU14 yang dihadiri oleh penulis sendiri.

“Mahathir bersikap tegas dan konsisten bahawa beliau tidak mahu melihat Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri walaupun kenyataan dibuat di hadapan umum.

BACA > Dr. Masliza wanita Malaysia pertama sandang jawatan Prof. Madya Universiti Oxford — Suara Merdeka

“Bagi Mahathir, Anwar adalah individu yang tidak akan memperjuangkan orang Melayu tau mempertahankan hak istimewa yang diberikan kepada kaum Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Mahathir juga percaya bahawa rancangan Anwar dapat digagalkan jika tiga parti besar Melayu – Bersatu, Umno dan PAS – disatukan.

“… sehingga kerajaan baharu yang dipimpin Melayu dapat dibentuk — menghapuskan DAP yang dikuasai oleh Cina dan PKR yang berbilang kaum dalam Pakatan Harapan (PH).”

Beliau berkata demikian seperti dipetik laporan portal Malaysiakini.

Tambah laporan portal itu, esei tersebut turut memalumkan perancangan dalam PH terutama Bersatu mengenai keluhan orang Melayu terhadap PH.

Menurutnya, ia termasuklah perancangan menubuhkan satu gerakan yang disifatkan rahsia sebagai jalan untuk menyatukan UMNO, Bersatu dan Pas.

Antara gerakan pertama adalah menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang didakwanya atas permintaan Dr. Mahathir pada 6 Oktober tahun lepas.

“Mahathir menyampaikan ucaptama, setelah itu dia berdiri di atas pentas sambil diapit oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa.

BACA > Penyeludup ketum, rempuh pengiring menteri ditahan — Suara Merdeka

“Ia melambangkan pertemuan tiga parti utama Melayu di bawah pimpinannya. Bagaimanapun, Anwar tidak diundang,” jelasnya.

Malah, kongres itu disifatkan sebagai langkah pertama antara kerjasama rahsia antara Bersatu dengan UMNO dan Pas.

“Mungkin yang paling penting, setelah berjaya menempa Muafakat Nasional dan meremehkan PH untuk membincangkan penyatuan parti-parti Melayu.

“Terutama di kalangan orang Melayu, baik pemimpin Umno dan PAS menerima pelawaan Bersatu – melalui Hamzah Zainuddin seperti yang dijelaskan sebelumnya.

“Ini adalah langkah penting kerana walaupun di depan umum Umno dan PAS menggambarkan Bersatu sebagai musuh.

“Di belakang tabir, rundingan sedang berlangsung di peringkat tertinggi.

BACA > Portal muat naik hantaran berbaur hasutan, bukan Hannah Yeoh-KPN — Suara Merdeka

“Pemimpin Umno dan PAS tidak hanya berkomunikasi dengan Bersatu melalui Hamzah, mereka juga menjalin hubungan baik dengan Mahathir sendiri.

“Dengan secara peribadi mengunjunginya beberapa kali untuk perbincangan peribadi,” ujarnya.

Tambah Wan Saiful, antara perkara lain yang dinyatakan sekali termasuklah sokongan Dr. Mahathir kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia termasuklah, laluan untuk menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan mengembalikan rancangan asal mewujudkan kerajaan dipimpin orang Melayu.

“Dari keseluruhan episod ini, jelas bahawa mana-mana parti politik atau gabungan yang mahu memerintah Malaysia tidak mampu mengabaikan sentimen di kalangan penduduk majoriti.

BACA > Fuziah Ketua Wanita PKR baharu — Suara Merdeka

“Di luar ‘Bangsar-bubble’, orang Melayu tidak bersedia untuk agenda kesamarataan yang dianggap diperjuangkan oleh DAP dan sedikit sebanyak oleh PKR,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button