Jenayah

Portal muat naik hantaran berbaur hasutan, bukan Hannah Yeoh-KPN

KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, polis mengenal pasti dalang yang memuat naik hantaran berbaur hasutan yang dikaitkan dengan bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati, hantaran berunsur fitnah itu tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Segambut berkenaan, sebaliknya dilakukan oleh portal muafakatnasional.net.

“Siasatan mendedahkan hantaran yang menjadi fakta isu dalam kes ini ialah daripada poster yang dibuat oleh muafakatnasional.net dan bukannya daripada Twitter atau Facebook milik Hannah Yeoh.

“Keterangan suspek telah dirakam dan gajet yang dipercayai digunakan untuk memuat naik poster itu juga dirampas,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman, hari ini.

fitnah

Kes disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988.

Pada 23 Jun lepas, Yeoh dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung catatan yang dimuat naik menerusi laman sosialnya yang antara lain didakwa mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur. – SUMBER BERNAMA – FMT – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button