Bola SepakSukan

Luar biasa Dier berlari ke tandas sewaktu dalam permainan – Mourinho

ERIC Dier dilihat berlari masuk ke terowong stadium untuk menggunakan tandas sewaktu perlawanan Piala EFL antara Tottenham menentang Chelsea, awal pagi tadi (waktu Malaysia) sehingga memaksa Jose Mourinho mencari pemain itu.

Dengan permainan masih berbaki 15 minit, dan Spurs pula ketinggalan 0-1, pemain antarabangsa England itu terpaksa berlari keluar padang.

Bagi mereka yang menyaksikan kejadian itu, menyangkakan Dier telah digantikan, namun, sehinggalah Mourinho dilihat berlari masuk ke terowong stadium mencari pemain berkenaan. Tiba lama selepas itu, pertahanan Spurs tersebut muncul keluar dari terowong.

Berdasarkan laporan di stadium mendakwa Dier berlari keluar untuk menggunakan tandas.

Insiden tersebut kemudiannya disahkan sendiri Mourinho dan Dier, yang berkongsi gambar anugerah Pemain Terbaik Perlawanan yang diletakkan di atas mangkuk tandas dalam Instagram selepas perlawanan.

Selepas memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti, Mourinho menjelaskan drama yang berlaku dengan melemparkan kritikan terhadap badan induk bola sepak yang memaksa bintang Spurs itu bermain sebanyak dua kali dalam tempoh 48 jam.

“Apa yang berlaku kepada Eric Dier tidak normal… Saya perlu memujinya dengan cara yang istimewa. Pemain sepatutnya tidak dibenarkan beraksi dalam dua perlawanan untuk tempoh 48 jam pada peringkat ini. Apa yang dilakukannya bukan kebiasaan dibuat oleh manusia.

“Dia terpaksa ‘melunaskan hajatnya’ (sewaktu berlari keluar padang), dia tiada pilihan lain.Mungkin ia adalah perkara biasa ketika anda benar-benar mengalami dehidrasi, saya terpaksa menggesanya untuk kembali ke padang, tetapi dia adalah contoh terbaik untuk semua orang.

“Jika badan induk tidak peduli tentang pemain, saya peduli,” kata Mourinho.

Dier pula menambah, selepas bermain pada hari Ahad ia bukan mudah, mungkin disebabkan faktor tersebut dia terpaksa berlari keluar padang, tetapi mereka berjaya mengharunginya.

“Semua staf dan pemain telah berusaha keras. Jose tidak gembira tetapi saya tak boleh buat apa-apa tentangnya, ia ‘nature’s call’. Mana boleh tahan.

“Saya dimaklumkan pasukan lawan memiliki peluang sewaktu saya berlari keluar padang, tetapi syukurlah mereka tidak menjaringkan gol,” jelasnya.

Mourinho kemudian menggunakan Instagram untuk memuat naik gambar Dier dan anugerah Pemain Terbaik Perlawanan, bagi berkongsi perasaan bangga terhadap para pemain yang berjaya mengharungi dua perlawanan dalam tempoh 48 jam. – The Sun UK – SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button