Nasional

Lori lima tan jatuh dalam laut Port Dickson: Pemandu dikhuatiri lemas

SEORANG pemandu lori lima tan berusia 33 tahun dikuhatiri lemas selepas lori yang dipandunya secara mengundur, terjatuh ke dalam laut dari jeti pemunggah arah batu di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kejadian awal pagi tadi pada kira-kira pukul 2.19 pagi, telah dimaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke lokasi kejadian di Jimah Power Plant sejurus menerima panggilan pada pukul 1.53 pagi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan.

“Kami dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20 meter ketika mengundur kenderaan (lori lima tan) yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan arang batu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa di permukaan dan pada 8 pagi tadi dan memulakan penyelaman di dalam air menggunakan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ketika air surut.

Ketika kejadian, katanya lagi, terdapat lima orang pekerja lain sedang memunggah arang batu di jeti berkenaan termasuk empat pekerja warga asing.

Katanya lagi, agensi lain turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis. – KOSMO – SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button