Muhyiddin berani ambil risiko – Lokman Adam
DATUK Lokman Noor Adam mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berani mengambil risiko membelanjakan duit dengan jumlah skala yang sangat besar.
Menurut beliau, duit berkenaan disalurkan dikala sebahagian besar rakyat di dalam keadaan sangat memerlukan.
“Sekiranya negara masih diperintah oleh Mahathir, sudah pasti keutamaan akan diberikan untuk menyelamatkan kroni-kroni beliau berbanding rakyat terbanyak.
“Terima kasih Tan Sri Muhiyiddin kerana banyak mendengar pandangan Datuk Seri Najib, Tengku Razaleigh Hamzah dan mendengar suara rakyat biasa dibawah yang terjejas akibat wabak Covid 19 ini.
“Masih belum terlambat untuk mula melakukan benda yang betul buat rakyat. Terima kasih,” kata Lokman Adam.
Tambah Lokman, pengumuman pakej ransangan ekonomi sebanyak 250 billion jelas menunjukkan bahawa ia datang daripada penjualan aset, pinjaman, penerbitan bond, penjarahan duit petronas dan macam-macam sumber yang PH lakukan semasa 22 bulan memerintah.
“RM250 bilion hampir pendapatan negara setahun, sedangkan pendapatan negara tinggal 1/3 untuk petroleum, pertumbuhan ekonomi merudum, kehilangan pendapatan akibat kesan kegawatan ekonomi dan kesan Covid19.
“Pengumuman PM hari ini jelas menunjukkan bahawa wang yang bakal dibelanjakan bukan dari unjuran pendapatan sangat tetapi duit yang sudah di tangan dan menjadi tanda tanya di mana ia disimpan.
“Terima kasih Datuk Seri Najib kerana meninggalkan negara dalam keadaan baik dan membolehkan kita berhadapan dengan situasi tenat sekarang,” katanya.
Lokman mengulas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang dibentangkan oleh Muhyiddin.
BACA:
- Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat
- Covid-19: PM umum bantuan khas isi rumah
- Enam bulan Pengecualian sewa untuk penyewa PPR
Pakej berjumlah RM250 bilion akan memberi manfaat kepada semua dengan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat.
Sebanyak RM100 bilion lagi untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua.
“Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.
“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir,” tegas Muhyiddin. – SM