Ekonomi

LIMA’23 sasar kontrak perolehan sehingga RM8 bilion

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) mensasarkan kontrak perolehan bernilai antara RM7 bilion hingga RM8 bilion akan dimeterai pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) nanti.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, penganjuran pameran tersebut amat dinantikan terutamanya dalam kalangan negara di rantau Asia Pasifik.

“Kita jangkakan lebih banyak lagi perjanjian-perjanjian persefahaman yang akan dimeterai antara negara dan syarikat.

“Sudah empat tahun LIMA ini tidak diadakan akibat wabak Covid-19, jadi banyak negara di rantau Asia Pasifik sedang teliti dan menilai untuk beli aset dan juga perolehan,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar setelah merasmikan LIMA’23 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa (MITEC) petang semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; dan Pengerusi Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman selaku penganjur pameran tersebut.

Pameran selama lima hari itu akan disertai sekurang-kurangnya 600 syarikat pempamer daripada 30 buah negara termasuk Malaysia.

Artikel berkaitan > 600 syarikat pempamer dari 30 negara bakal menyertai LIMA’23

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button