Liga Eropah sasaran Mourinho seterusnya selepas tewaskan Arsenal
SELEPAS menang 2-1 ke atas Arsenal di gelanggang sendiri José Mourinho berkata, dia menyasarkan untuk Tottenham layak ke pusingan kelayakan Liga Eropah musim ini berdasarkan perlawanan yang yang masih berbaki.
Pengurus itu tahu, Spurs kini mampu menamatkan musim di atas pencabarnya untuk empat musim berturut-turut selepas kemenangan malam tadi.
Sebelum ini Arsenal selalu berada di atas Spurs, tetapi apa yang Mourinho kejar ini ialah bola sepak Eropah, dan kalau tidak layak ke Liga Juara-Juara, LIga Eropah sudah memadai.
Mourinho memenangi kejohanan itu ketika mengendalikan Porto pada 2003, ketika itu dikenali sebagai Piala UEFA dan sekali lagi ketika bersama Manchester United pada 2017.
“Ini adalah kehendak penyokong (tamat musim di atas Arsenal) – cita-cita saya perlu lebih dari itu. Saya tahu saya nampak pentingkan diri sendiri dan mengatakannya ketika saya mula-mula tiba (pada pertengahan November)… jika kejuaraan bermula ketika itu, malah dengan masalah yang kami alami, saya fikir kami boleh dapat tempat keempat atau kelima.
“Tetapi saya tidak mahu mementingkan diri sendiri atau melihatnya daripada sudut penyokong,.
“Saya gembira jika dapat bermain di Liga Eropah. Tetapi itu bukan kejohanan yang saya gemari, tetapi jika tidak dapat beraksi pada LIga Juara-Juara, kita beraksi di Liga Eropah. Saya telah beraksi di situ dua kali dan menang dua kali. Bukanlah buruknya bermain di situ untuk kali ketiga dan menang kali ketiga,” katanya.
Mikel Arteta pula bangga bagainab Arsenal memaksa Spurs tetapi terpaksa akur dengan pertahanan yang lemah yang menyaksikan mereka bolos dua gol.
“Mourinho cuba melakukan (caranya) dan dia menang perlawanan ini. Dua cara berbeza, dia menguruskannya dengan baik, dia ada pasukan yang bagus. Saya percaya dia selalu mencari jalan untuk menang,” katanya.
Arsenal bermula dengan baik apabila berjaya mendahului tuan rumah seawal menit ke-16. Tetapi seperti biasa benteng pertahanan sentiasa mengecewakan.
Spurs tidak mengambil masa yang lama untuk menghukum kelemahan itu. Hanya tiga minit selepas Arsenal meraikan gol mereka, Spurs sudah berjaya menyamakan kedudukan melalui Son Heung Min.
Ketika kedua-dua pasukan seakan-akan berkongsi satu mata, Toby Alderweireld menghukum kelekaan pertahanan Arsenal untuk memastikan mereka mendapat tiga mata penuh, seterus mengatasi Arsenal dalam kedudukan liga selain mencerahkan peluang untuk layak ke Liga Eropah. – TheGuardian