Politik

Letak jawatan atau tidak, tunggu sidang akhbar Maszlee 4.30 petang

KHABAR angin mengenai sama ada Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik akan meletakkan jawatan atau tidak akan diketahui pada sidang akhbarnya pukul 4.30 petang ini.

Khabar angin ketika ini bertiup kencang kononnya Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dilaporkan akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Jemputan sidang media khas itu diedarkan kira-kira pukul 11 pagi tadi. Maszlee sebelum itu Menteri Pendidikan itu mengadakan lawatan ke SK Setiawangsa bagi meninjau hari pertama persekolahan di situ.

Maszlee ketika ditemui wartawan enggan menjawab sebarang soalan yang tidak berkaitan dengan pendidikan ketika diajunkan pertanyaan mengenai Dong Zong dan pembelajaran tulisan jawi.

Beberapa portal berita termasuk MalayMail dan FMT melaporkan spekulasi Maszlee akan meletakkan jawatan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee dan kementeriaannya ketika ini berhadapan dengan serangan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang berhubung isu kertas soalan peperiksaan Hubungan Etnik  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang mengaitkan penceramah dari India, Dr Zakir Naik sebagai ikon dunia Islam.

Menurut Kit Siang, Kementerian Pendidikan mesti bertanggungjawab ke atas kertas peperiksaan kontroversi yang disediakan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), walaupun universiti awam diberi autonomi.

“Ia tak boleh melepaskan tanggungjawab sekiranya kursus hubungan etnik di universiti dan institusi membuatkan salah faham, kecurigaan dan kebencian antara kaum dan antara agama bertambah buruk daripapada mempromosikan toleransi, kepercayaan dan kefahaman di Malaysia yang plural,” kata Lim.

Kenyataan  Kit Siang menyusuli tuduhan-tuduhan daripada pemimpin DAP bahawa Menteri Pendidikan Maszlee Malik gagal mereformasikan universiti-universiti awam.

Kementerian Pendidikan pimpinan Maszlee juga sedangan dilanda kontroversi berkaitan pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan yang turut ditolak dan dikritik oleh beberapa pemimpin DAP dan persatuan Cina.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button