Berita

Lembu ‘disumbat’ dalam kereta Honda

BUKAN seekor tetapi tiga ekor lembu dimuatkan dalam sebuah kereta jenama Honda di Chini, Pahang.

Berita tersebut tular dalam media sosial apabila kereta Honda wagons jenis Odyssey itu mengalami kerosakan pada bahagian rim belakang.

Keadaan kereta itu juga kelihatan lendut teruk. Penyerap hentakan pula kelihatan ditekan habis akibat tampung beban yang cukup berat.

Beban itu juga menyebabkan tayar belakang sebelah kiri kereta tersebut pecah. Sementara rim pula bengkok dan patah dipercayai akibat melalui jalan tidak berturap.

Bagaimanapun keadaan kereta tersebut, situasi yang dihadapi lembu itu dalam ruang kabin sempit pasti menyeksakan.

[BACA ARTIKEL] Babi, lembu, anjing, kucing di Pulau Pinang dikenakan caj pindah — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Tahi, air kencing lembu penawar coronavirus — Suara Merdeka

Berdasarkan status yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Melaka, haiwan berkenaan dipercayai sedang dipindahkan ke kawasan lain.

Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada haiwan ternakan berkenaan dicuri.

TIGA ekor lembu dimuatkan dalam sebuah kereta wagons menyebabkan tayar pecah dan rim rosak.

Lebih melucukan, dalam gambar berkenaan kelihatan ternakan itu diikat dengan tali pinggang keledar sekali gus mengundang usikan netizen.

Malah, komen netizen pula cukup mencuit hati apabila masing-masing memuat naik komen mempersenda peminat-peminat kereta jenama dari Jepun itu.

“Lembu pun pandai pakai seatbelt,” seloroh Jade Nur.

“Nak naik H juga. Dahsyat lembu generasi baharu ini,” komen Din Sempoi.

“Aku jaga bagai menatang minyak yang penuh. Habuk sikit, lap. Pewangi sampai tiga,” luah Dayah Mohamad Isa.

“Betullah, biasa golongan lembu sahaja kena angkut dengan Honda,” sindir Balkhis Bokari.

Curi?

Sementara itu, sebilangan netizen bersetuju dengan tindakan pemilik kenderaan tersebut seandainya ternakan berkenaan diambil akibat bebas berkeliaran.

Menurut mereka, tindakan pengembala yang melepaskan haiwan ternakan tanpa kawalan berisiko mengundang kemalangan.

“Elok juga kutip, tuannya lepas merata. Kami hampir lebur sebuah kereta akibat terbiar melintas jalan secara tiba-tiba pada waktu malam,” kata Nor Aini Ibrahim.

“Mari pencuri lembu itu dekat tempat aku. Tuan lepas atas jalan hendak lalu pun susah,” luah Fami Pcm.

“Kalau hendak sangat, tepi lebuh raya ke tepi jalan yang tuan dia tak reti hendak jaga bagi angkut eloklah sangat dari mengakibatkan kemalangan,” ujar Ahmad Fadzli. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button